Kumasih ingat hari itu
bagaikan fantasi di alam realiti
kumelihat wajahmu itu
Oh Tuhan, kacaknya dia!
Engkau seorang yang bebas
manakala aku masih si penuntut
bagaikan kisah hidup dua insan
cinta kita bersemi.
Suatu ketika akhirnya
pecah tembelang yang dibuat kita
disebabkan terlalu tertekan
kuhilang si tiang tercinta.
Namun, kutetap di sisimu
kutinggalakan si balu keseorangan
tidak pernah kufikir
akanku jadi seperti dia
dengan cara berbeza.
Kita menjelajah ke kota baru
dan hidup bagaikan mempelai
haram dan segala semua aku buat
jahiliah kujadikan pegangan.
Sudah terkena baru berbisa
sudah terhantuk baru terngadah
setelah kudisahkan berbadan dua
engkau menuduhku bertembung lutut dengan jejaka lain.
Tidak kusangka
engkau yang kupercayai
rupanya syaitan berwajah manusia
setelah kaulempiaskan nafsu di dada
kau tinggalkan aku bagaikan sampah yang sudah berlubang.
Di mana boleh kuterbang
akhirnya kupulang ke teratak itu
teratak yang suatu ketka dahulu
adanya tiang, suri dan intan
hidup bahagia tidak terkata
hinggalah wujudnya seorang jejaka.
Kini, semuanya sejarah
aku balu pun bukan,
janda pun bukan
aku seorang ibu muda yang hina
kepada anak yang sesuci kain putih.
Biarpun luka masih belum terubat
namun kubersyukur kehadratNya
kerana Dia masih memberiku hidayah
walaupun aku alpa selama ini.
Inilah titik baru
lupakan ayat terdahulu
lihatlah ayat hadapan
dan hidup bersujud kepadaNya.
Sunday, 29 April 2012
Memoir Seorang Ibu
Setiap hari kunanti
kehadiran si penghuni
yang akan menyinari
hari-hari yang cukup indah
dengan kehadiran dirimu yang lain.
Kubesarkanmu
dengan penuh kasih sayang
bagaikan minyak yang penuh,
kutatang dengan berhati-hati
ketika kau digelar remaja
kubiarkan kau bersuka ria
biarlah, anggapanku
asalkan kaubahagia.
Kian lama engkau berjinak
dengan Isyak bagaikan siang menyinari
kau berpesta tinggalkan daku
seorang diri bagaikan melukut di tepi gantang.
Bukan sahaja denganku
malah kaujuga jauh denganNya
aku menjadi khuatir
lalu kupaksa dirimu
membentuk peribadi sejati.
Kauberontak bagaikan dizalimi
lalu kaularikan dirimu
Oh, anak aku ibumu!
tugasku untuk membentuk dirimu.
Beberapa lama engkau pulang jua
terkejutnya diriku
kerana lahiriahmu sudah berubah
kunampak kebenjolan perutmu
sudahku tahu nasi sudah menjadi bubur.
Namun, apakan daya
engkau tetap si intan permata
terpaksalah aku menerima si anak hina itu
kerana aku seorang ibu.
kehadiran si penghuni
yang akan menyinari
hari-hari yang cukup indah
dengan kehadiran dirimu yang lain.
Kubesarkanmu
dengan penuh kasih sayang
bagaikan minyak yang penuh,
kutatang dengan berhati-hati
ketika kau digelar remaja
kubiarkan kau bersuka ria
biarlah, anggapanku
asalkan kaubahagia.
Kian lama engkau berjinak
dengan Isyak bagaikan siang menyinari
kau berpesta tinggalkan daku
seorang diri bagaikan melukut di tepi gantang.
Bukan sahaja denganku
malah kaujuga jauh denganNya
aku menjadi khuatir
lalu kupaksa dirimu
membentuk peribadi sejati.
Kauberontak bagaikan dizalimi
lalu kaularikan dirimu
Oh, anak aku ibumu!
tugasku untuk membentuk dirimu.
Beberapa lama engkau pulang jua
terkejutnya diriku
kerana lahiriahmu sudah berubah
kunampak kebenjolan perutmu
sudahku tahu nasi sudah menjadi bubur.
Namun, apakan daya
engkau tetap si intan permata
terpaksalah aku menerima si anak hina itu
kerana aku seorang ibu.
Subscribe to:
Posts (Atom)