Monday, 29 December 2014

Realiti Kesakitan

Sedang kita menuding jari
Apa punca kecelakaan ini
Sedarkah kita
Ini datang dari Dia
Yang Maha Esa.

Sambil kita membuat spekulasi
Apa tujuan bencana ini
Tahukah kita
Dia ketahui
Apa yang kita tidak ketahui.

Sementara kita asyik berbalah
Apa sebab dugaan ini
Ayuhlah kita bersatu hati
Menadah tangan untuk berdoa
Dan tabah menghadapi ujian-Nya.

Kerana apa pun faktor permasalahan ini
Haruslah kita menerima ketentuan-Nya
Walau sepahit peria
Tapi ganjaran dari-Nya lebih manis
Daripada lautan madu.

#PrayForMalaysia #PrayForTheWorld #PrayForTheUniverse