Monday, 31 March 2014

Perubahan

Kumasuk ke medan bicara
Gagahnya dia berkata
Pokok yang tua harus dibangga
Binasalah kita dia berkata
Sekiranya pokok dicabut orang.

Kudengar dan terdiam
Dan kutatap tunjangnya
Terdetik di kalbuku
Masakan tidak dicabut pokok itu.

Akarnya sudah reput
Daunnya kekuningan
Dari jauh nampak megah
Kutatap batangnya yang kian berulat
Tibalah masa untuknya tumbang.

Apa gunanya kita berbangga
Akan pokok tua tak guna
Sedangkan madu habis sepah dibuang
Inikan pula pokok yang penuh celanya.

Lalu kutinggal medan itu
Dan gembiranya dia difikirnya bijak
Walhal dalam benakku
Biarlah dia gembira sekarang
Tatkala jahil tidak boleh diubat
Jika perubahan itu masih asing baginya.

No comments:

Post a Comment